Tuesday, 20 May 2014

Biar ayat tak power, asalkan terkesan di hati!


SangPelangiHati.

Aku tak reti nak berpuisi.
Apatah lagi nak bermadah.
Aku mahal nak bersuara,
Apatah lagi nak berdakwah.
Jadi ini medium aku.
Untuk berdakwah.
Tanpa rasa malu dan segan.
Untuk aku yang begini.
Niat aku hanya satu.
Biar Blog ini menjadi saksi.
Saksi aku di akhirat kelak.

Ilmu aku tak setinggi yang disangka.
Akhlak aku tak seindah pelangi.
Diri aku tak sempurna mana.
Andai ada kesalahan dari blog aku.
Mohon sedar atau beri peringatan.
Agar aku tidak hanya dengan pendapat aku sahaja.
Agar aku  tidak dengan ilmu aku itu sahaja.
Tegurlah aku seperti orang yang dahagakan tarbiyyah.
Orang yang baru dengan dunia dakwah!

Moga aku terus qawiy.
Moga aku istiqomah.
Untuk hadir dalam dunia.
Dakwah dan Tarbiyyah.




No comments:

Post a Comment